Sunday, November 21, 2010

Bahasa Cinta



Aku amat meminati hasil tulisan Habiburrahman seorang penulis novel yang tidak asing lagi oleh pencinta-pencinta novel berteratakkan ilmiah keagamaan dan novel yang paling aku minat daripada tulisan beliau adalah yang bertajuk, “Ayat-ayat Cinta”.. Meniliti keindahan jalan cerita yang berhiaskan adab-adab seorang Muslim yang sejati dengan konsep-konsep percintaan yang terpelihara itu sangat dihausi oleh zaman yang kemarau dengan kefahaman agama yang sebenar ini.. Ianya mengajar kita akan hak-hak sebenar yang perlu kita jaga di dalam mengaut keuntungan duniawi.. Walaupun ianya tiada kaitan dengan tajuk coretan amateur aku kali ini, tapi aku rasa ianya amat membantu dalam penyempurnaan tajuk ini..

Bahasa Cinta yang perlu difahami dan dipelajari oleh setiap manusia yang bergelar Muslim ini amat halus dan meluas bahkan penguasaannya membawa kepada kecintaan yang tertinggi.. Amatlah berharap jika ianya menjadi matapelajaran utama di dalam kehidupan kita di tanah air khasnya dan di seluruh negara-negara Islam amnya.. Sebenarnya tiada terjemah di dalam merungkai makna-makna bahasa tersebut kerana satu kalimahnya memberi seribu rasa yang berbeza bagi yang memahami.. Tetapi kerana Bahasa ini dipenuhi dengan Cinta yang membara, ianya mampu memberi sentuhan di dalam diri-diri para pemerhati walau tanpa difahami.. Kaya.. Sungguh kaya Pemilik Bahasa Cinta ini.. Kerana Bahasa ini juga para pencinta bercinta sesama mereka dibawah naungan Kecintaan Yang Mutlak.. Mengumat-kamitkan bibir-bibir suci mereka dengan susunan kalimah daripada Bahasa ini dengan fasih dan bertenaga tanpa rasa jemu atau alpa malah bertambah menjulang-julang marak kecintaan di dalam diri mereka.. Sehingga anggota badan mereka juga menutur Bahasa Cinta yang indah ini.. Inilah kemuncak di dalam menguasainya..
Pihak musuh cuba menguasai Bahasa ini bagi memasukkan racun pergolakan di dalam diri pencinta-pencinta Bahasa, tapi apa yang mereka kuasai hanya dakwat tulisan yang nyata semata-mata dan bukannya rahsia Cinta yang ada di segenap abjad-abjad yang terzahir.. Dengan itu serangan mereka hanya mampu melukakan kulit luar kita tanpa mampu menyentuh isi-isi daging yang menyimpan Kecintaan tersebut yang mana bersinar-sinar menembusi lapisan atmosfera dunia sehingga ke langit yang ketujuh.. Itulah kekuatan pancaran bersumberkan Bahasa Al-Quran atau lebih dikenali dengan Bahasa Arab..

Inilah kekuatan kita bagi mengembalikan semua Kegemilangan Islam seperti dahulu.. Menguasai Kerajaan Rom dan Parsi dengan kemegahan dan penuh ketaqwaan.. Biarkan mereka membaca dan mengetahui kata-kata ini, tapi mereka tidak mampu merasainya.. Kerana Rasa itulah senjata yang mampu meledakkan diri-diri mereka dan pembantu-pembantu mereka dalam terus mengotori kesucian Islam ini.. Rasa inilah yang mampu merobohkan tembok-tembok kekebalan mereka.. Rasa inilah yang menyatukan jiwa-jiwa kita.. Belajarlah Bahasa Arab wahai saudara-saudaraku dengan Al-Quran.. Demi Islam yang tercinta.. Kerana kefahaman ketika membaca Al-Quran itu membawa kita ke Syurga Cinta.. di sini dan juga di sana..

No comments:

Post a Comment